
BAB 2
‘Ketabahan boleh membuat seseorang merasai kebahagiaan. Meskipun kebahagiaan yang ditonjolkan sekadar menutup segala kelemahan dan kehancuran jiwa yang dirasai. Namun, rasa ketabahan itu sedikitpun tidak merubah senyuman yang tawar menjadi manis tampaknya. Meskipun senyuman yang diukirkan adalah manis pada asalnya. Apapun yang terjadi, hanya diri kita yang tahu apa yang kita rasakan. Rasa hati itu hanya hadir tatkala kita memikirkannya. Yakinlah, ianya akan pergi tanpa melibatkan sedikit tenagapun. Senyum tawa, riang gembira, suka duka dan lara di jiwa pasti akan datang silih berganti. Itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan.’
Syafida Ayu sendiri tidak pasti dengan apa yang dimaksudkan oleh e-mail yang Sahihrullah Akhbar kirimkan padanya. Adakah Sahihrullah Akhbar tahu akan kehancuran hidupnya kini? Syafida Ayu sendiri tidak pasti akan jawapannya. Apa yang pasti, hatinya kini betul-betul hancur apabila dua insan yang disayanginya itu sanggup mengkhianati kepercayaannya. Entah, ada lagikah bahagia yang datang bertandang dalam hidupnya nanti? Walaupun sekadar menjengah hidupnya, namun masihkah ada ruang dihatinya untuk bahagia dalam percintaannya? Segera Syafida Ayu menutup laptopnya. Malas hendak berfikir pastinya. Direbahkan tubuhnya di katil empuk kepunyaannya.
“Ayu…Tunggu Ayu..Saer boleh jelaskan. Let me explain Syafida Ayu, semua ni tak seperti yang Ayu lihat.” Syafida Ayu teringat kembali peristiwa pahit itu, kekasih yang benar-benar dicintainya, akhirnya jatuh di pusara nafsu semata-mata. Hati Syafida Ayu hancur tatkala melihat Saer bermesraan dengan Erina di kamarnya. Kedua-duanya sedang sibuk melayani nafsu masing-masing. Betapa tebalnya kesedihan Syafida Ayu ketika itu. Dibiarkan air matanya mengalir deras. Meskipun Saer memanggil-manggil namanya, Syafida Ayu tetap melangkah meninggalkan mereka.Baginya,sekali dia berpaling tidak mungkin untuknya menoleh lagi. ‘Dasar lelaki semuanya sama aje.’ Marah hati kecilnya tatkala terimbau kembali kisah hitam itu.
‘Huhhhh!!!!!!! Untuk apa aku mengenangnya lagi? Aku tidak mau mengingat kisah hitam ni lagi, hatiku sakit ya Allah. Hatiku sakit. Apa yang perlu aku buat ya Allah tabahkanlah hatiku ini ya Allah.’
Luah hati Syafida Ayu berbaur pertanyaan, pantas kedua tangannya menekup mukanya, pilu rasa hatinya tatkala mengenang peristiwa pahit itu. Cinta yang membuak-buak lahir di benaknya, akhirnya kecundang tersungkur hiba. Dengan perasaan sedih Syafida Ayu menuruni anak tangga rumah banglo tiga tingkat Abahnya. Syafida Ayu mendapatkan Umminya yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga.
“Selamat pagi Ummi.” Mesra Syafida Ayu menyapa Umminya pagi itu. Kerusi di meja makan ditarik sedikit untuk memudahkan dia duduk.
“Selamat pagi sayang.” Jawab Ummi sambil menuangkan air di gelas Syafida Ayu.
“Abah mana Ummi? Tak Nampak batang hidungpun tak pergi office ke hari ni?” Tanya Syafida Ayu sambil matanya meliar mencari abahnya setelah menyedari ketiadaan Abahnya. Air teh digelas dihirup cermat.
“Abah kamu awal pagi lagi dah keluar. Ada mesyuarat katanya. Abah kamu tu mana nak lekatnya sibuk sangat dengan office dia tu. Mana reti duduk diam abah kamu tu, sibuk memanjang aje kerjanya.”Jawab Ummi sambil melabuhkan punggungnya di kerusi. Roti bakar di tengah meja dicapai. Perlahan-lahan roti bakar itu disuap ke mulutnya.
“Owh yer ker? Nampaknya bosan lagilah Ummi kat rumah ni sorang-sorang? Kesian Ummi…Erm, takpelah Mi, Ayu pun dah lambat ni. Ayu pergi dulu ya takut lambat pulak nanti?” Pohon Syafida Ayu sambil langkahnya bergegas mengambil kunci keretanya yang tergantung di dinding.
Setibanya di fakulti, Syafida Ayu segera menuju ke dewan kuliah. Syafida Ayu terlambat selama lima belas minit. Sahihrullah Akhbar pula sudah memulakan perbincangan dengan rakan sealirannya. Sahihrullah Akhbar memandang Syafida Ayu yang perlahan-lahan masuk ke dalam dewan.
“Hah.. Syafida Ayu, silakan masuk? Saya sangka tak datang tadi. Apasal lewat?”Tanya Sahihrullah Akhbar mendatar nada suaranya. Rakan-rakan sealirannya turut memandang Syafida Ayu.
“Maaf Encik Sahih, saya tak sengaja.” Jawab Syafida Ayu pula. Seusai Syafida Ayu menjawab pertanyaan Sahihrullah Akhbar, Syafida Ayu segera mendapatkan kerusi yang selalu dia duduki. Setelah selama sejam lebih Sahihrullah Akhbar mengadakan perbincangan dengan mereka, kelaspun berakhir. Panjang lebar juga lecture muda itu manjelaskan tentang kursus mereka itu.
Exitedlah katakan, lebih-lebih lagi ada pelajar yang bernama Syafida Ayu itu di dalam kelasnya. Menunjuk lagak agaknya.
“Baiklah, itu saja untuk hari ini. Jika terdapat sebarang masalah boleh berhubung dengan saya. Insya’Allah saya akan bantu setakat mana yang saya mampu.” Tutur Sahihrullah Akhbar mengakhiri perbincangan pada hari itu.
Seperti hari-hari kelmarin, Syafida Ayu juga merupakan orang yang terakhir meninggalkan dewan kuliah. Kali ini, Sahihrullhah Akhbar ada bersamanya. Syafida Ayu segera mengemaskan bukunya. Belum sempat Syafida Ayu melangkah keluar dewan. Sahihrullah Akhbar berbicara dengannya.
“Jangan berpura-pura menutup kedukaan, sedangkan ramai yang tahu dan melihatnya.”
Langkahan Syafida Ayu terhenti seraya mendengar Sahihrullah Akhbar berbicara. Syafida Ayu menoleh ke arahnya. Sinar matanya jelas kelihatan. Syafida Ayu hanya menguntum senyum di bibir. Tanpa sebarang kata, Syafida Ayu pergi meninggalkan Sahihrullah akhbar yang ketika itu tangannya sedang sibuk membelek-belek borang butiran peribadi yang dimintanya untuk diisi oleh pelajarnya tadi. Untuk berkenalan katanya? Hahhh!!! Betul ke? Atau ada sesuatu disebaliknya? Entahlah, Hanya Sahihrullah Akhbar yang mengetahuinya.
“Tidak semua yang pergi itu pahit Ayu?” Tutur Sahihrullah Akhbar seakan mendesak Syafida Ayu untuk berbicara dengannya. Syafida Ayu pula sekadar berhenti seketika dan meneruskan langkahnya semula.
Hari demi hari berlalu, seakan membuat Syafida Ayu jauh dari kehidupan dunia. Syafida Ayu selalu meminggirkan dirinya, bahkan dengan orang sekelilingnya juga dia seakan tidak menyedari kehadirannya. Syafida Ayu merenung jauh keluar jendela. Tiada lagi bahagia di hatinya saat ini. Hanya luka dalam yang kembali berdarah tatkala dia memikirkan peristiwa pahit itu. Syafida Ayu menekup mukanya dengan kedua belah tangannya. Mulai saat itu dia tidak mahu lagi mengenang peristiwa hitam yang merundung hidupnya. Baginya, biarlah cerita itu terkubur dek masa.
Petang itu, Syafida Ayu bersiap-siap untuk membeli barang keperluannya untuk menduduki exam yang tidak sampai beberapa minggu saja lagi. Dengan langkahan yang malas, Syafida Ayu mendapatkan Umminya memohon untuk pergi sebentar. Suasana pada petang itu agak damai sekali. Redup cahaya petang membawa kedamaian masuk ke dalam jiwanya. Dalam perjalanan menuju ke kedai buku, tergerak di hati Syafida Ayu untuk singgah di tepi pantai. Indahnya alam ciptaan tuhan menyentuh lubuk sanubarinya untuk memuji kekuasaan Allah. Sedang matanya enak melihat ramai kanak-kanak bermain riang di tepi pantai, matanya tertancap tepat ke wajah lelaki yang tidak asing baginya. Sahih! Ya Sahihrullah Akhbar yang sedang dilihatnya kini. ‘Apasal pulak mamat ni ada kat sini?’ Tanya hati kecilnya, sambil menahan rasa terkejut yang datang bertandang di kala itu. Syafida Ayu cuba mengelak dari berjumpa dengan Sahihrullah Akhbar. Tapi dengan segera Sahihrullah Akhbar memaut pergelangan tangannya menahan Syafida Ayu dari berlalu.
“Tunggu Ayu?” Pinta Sahihrullah Akhbar.
“Apa yang Encik Sahih tahu tentang hidup saya?” Tanya Syafida Ayu sambil melepaskan tangannya dari cengkaman Sahihrullah Akhbar.
“Ayu Sahada, tolong jangan hukum diri kamu macam ni.” Ujar Sahihrullah Akhbar lagi, kali ini dia betul-betul mendesak Syafida Ayu berbicara. Syafida Ayu sekadar mengukir senyum di bibir. Ikutkan hatinya mahu saja dia menolak kejam tubuh sasa lelaki muda di hadapannya kini. Tapi memikirkan dirinya yang tidak sekuat mana dibandingkan dengan sosok tubuh lelaki itu, dimatikan saja niatnya untuk berbuat demikian.
“Syafida Ayu, awak berhak tentukan apa yang awak nak rasa. Jangan biarkan orang lain hancurkan perasaan awak tu.” Tutur Sahihrullah Akhbar lagi, dia memang bersungguh-sungguh mengajak Syafida Ayu berbicara. Malangnya, Syafida Ayu hanya membisu. Seakan tiada yang mahu dibicarakan,lebih-lebih lagi dengan insan yang baru dikenalinya. Baginya, biarlah kisah cintanya menjadi rahsia dalam hatinya.
“Enough Syafida Ayu, bagi peluang pada diri awak. Dah, dahlah lari dari masalah. Takda masalah yang boleh selesai kalau asyik nak lari jer.” Sahihrullah Akhbar terus berbicara sehingga Syafida Ayu berbicara dengannya. Sinis juga kedengaran nada suaranya itu.
“Apa yang Encik Sahih tahu tentang saya? Dah, dahlah Encik Sahih jangan nilai saya dari luar saja. Saya tak lari dari masalah, kalau saya lari saya takkan jumpalah encik yang penyibuk macam awak ni. Kenapa awak care sangat pasal saya ni? Encik kenal saya ker? Encik tak kenalkan?” Bentak Syafida Ayu dengan nada yang separuh geram, menidakkan hujah Sahihrullah Akhbar. Seraya itu, dibiarkan suasana tegang seketika. Mata mereka saling berpandangan. Menyedari keadaan itu, Syafida Ayu mengalihkan pandangannya lalu pergi meninggalkan Sahihrullah Akhbar.
Sunday, 24 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



















No comments:
Post a Comment
huhu...komen ag