Sunday, 31 March 2013

BAB 3 KEPASTIAN CINTA ABADI

Riak luka dimatanya kelihatan tatkala melihat wanita yang dicintainya itu berduaan dengan seorang lelaki di taman berhadapan dengan kantin sekolahnya. Dadanya dipegang perlahan. Luluh hatinya tidak terkata. Jauh disudut hatinya masih lagi meletakkan harapan yang menggunung untuk memiliki wanita yang berwajah halus berkulit putih gebu itu. Hidungnya yang mancung, bibirnya yang munggil serta matanya yang bulat mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya.

“Heiii!! Kawan tengah tengok apa tu?” Tanya Suhairi sahabat Sahihrullah Akhbar yang kini berada di sebelahnya. Matanya juga kini sudah terarah ke arah sepasang kekasih yang sedang dilamun rasa cinta pastinya?

“Ni tak lain mengendaplah ni? Siang-siang macam ni pun kau boleh nak berangan nak jugaklah tu. Eii, tengok-tengoklah muka kat cermin tu Sahih oii, rupa macam Syafida Ayu tu mana naknya dengan lelaki kacak tak kacak macam kau ni. Nanti bukan kacak yang dikatanya kat kau, kodok adalah.” Seloroh Suhairi mengata kawan baiknya itu. Kedengaran sedikit tawa kecil dihujung bicaranya. Sahihrullah Akhbar memandang perlahan wajah sahabat karibnya itu sambil menggelengkan kepalanya.

“Hissshhh!!! Engkau ni Ri kalau mengata aku macam nak makan pelangkung aku aje kan. Nak ke? Kalau nak aku tak sabar nak bagi ni.” Usik Sahihrullah Akhbar pula sambil berpura-pura membuka langkah. Mereka tertawa bersama.

“Dah, dah lonceng dah bunyi tu. Jom masuk kelas dah ni.” Tutur Sahihrullah Akhbar mengajak sahabat karibnya itu. Suhairi mengikut langkah sahabatnya itu. Tangannya sudah melingkar di bahu sahabat karibnya. Luka di hatinya dibiarkan saja. Sebelum berlalu sempat lagi Sahihrullah Akhbar mengerling hiba ke arah Syafida Ayu bersama Walatusaer kekasih Syafida Ayu.

Sahihrullah Akhbar yang duduk di bilik pejabatnya itu meraup perlahan rambutnya kebelakang. Terkenang pula dia peristiwa semasa berada di tingkatan enam atas di sekolahnya dan Syafida Ayu pula berada di tingkatan lima ketika itu. Watak Sahihrullah Akhbar yang agak pendiam dan tidak pulak popular semacam Syafida Ayu dan Walatusaer membuatkan Sahihrullah Akhbar hanya memendam perasaan cintanya terhadap wanita yang berwajah cantik seanggun bidadari itu.

“Hai..” Bicara Sahihrullah Akhbar teragak-agak untuk menegur Syafida Ayu yang sedang khusyuk membaca buku di dalam kelasnya itu. Syafida Ayu tidak pulak menunjukkan minat untuk berbual panjang dengan lelaki itu. Malah matanya juga tidak dialihkan dari buku untuk memandang walau sekejappun jejaka tampan disebelah kanannya itu. ‘Ni semua kerja Suhairi lah ni, tak pasal-pasal aku ditolaknya masuk ke dalam kelas ni. Hisssshhh!!! Tak guna punya Suhairi!’ Gerutu Sahihrullah Akhbar di dalam hati. Degupan jantungnya mulai laju. Terkilan juga Sahihrullah Akhbar bila kehadirannya sedikitpun tidak diendahkan.

“Kenapa tak turun kantin?” Tanya Sahihrullah Akhbar takut-takut. Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pertanyaan Sahihrullah Akhbar dibiarkan berlalu. Kebetulan masa itu Syafida Ayu tengah berperang besar dengan Walatusaer, mungkin panas dihati Syafida Ayu masih membahang itulah sampai marahkan nyamuk kelambu dibakarnya.

“Takpelah kalau macam tu.” Bicara Sahihrullah Akhbar. Malulah tu gara-gara kehadirannya tidak diendahkan. Ermmm kesian jugak Sahihrullah Akhbar ni. Dengan wajah masam mencuka Sahihrullah Akhbar melangkah keluar dari kelas Syafida Ayu. Suhairi di muka pintu yang menunggu kehadiran sahabat karibnya itu dipandang sayu. Kesian jugak Suhairi melihatnya, Perlahan-lahan bibir Suhairi mengukir senyum hendak menenangkan Sahihrullah Akhbar agaknya. Takpun Suhairi saja memaniskan mukanya, takut kena pelangkung Sahihrullah Akhbar agaknya sebab menolak Sahihrullah Akhbar masuk ke dalam kelas Syafida Ayu itu tadi.

“Sabarlah kawan, bunga tengah marah tu. Kalau dah namanya perempuan, perempuan jugaklah. Aku harap kau tak berputus asa yer? Apapun yang kau nak buat aku tetap sokong kau. Aku ni kan kawan kau.” Bicara Suhairi setelah sedar suasana yang sunyi antara mereka sedari tadi.

“Dahlah Ri, aku malas nak fikir dah. Aku yang besar macam ni pun boleh dia tak perasan. Tak perasan ke buat-buat tak perasan tak faham aku. Dah dahlah mulai hari ni aku tak nak dah meletak harapan yang tinggi untuk memiliki dia. Ni bukan sekali aku cuba tegur dia, dah banyak kali Ri bukannya aku tak usaha nak berbual dengan dia, nak terangkan pasal isi hati aku ni. Dah banyak kali Ri. Aku harap ni kali terakhir kau paksa aku tegur budak tu. Tak kiralah dia tengah bergaduh dengan buah hati dia ke, bapak dia ke, mak dia ke? Aku dah tak nak lagi luah perasaan aku ni kat dia. Biarlah aku simpan sendiri. Lagipun aku sedar siapalah aku ni. Muka tak lah handsome mana, tak macam Walatusaer tuh.” Sayu nada suara Sahihrullah Akhbar mengatur bicaranya. Sahihrullah Akhbar kini sudah duduk di tepi tangga sambil tangannya mengurut-urut dahinya yang tidak sakit itu. Tertekan agaknya. Suhairi pula sudah duduk di sebelahnya sambil tangannya menepuk-nepuk lembut bahu Sahihrullah Akhbar. Menenangkan kawannya itu pastinya.

“Aku tengok muka kau ni, tak lah hodoh mana pun. Kalau nak dibanding muka kau dengan perangai buruk Walatusaer yang berlagak tu jauh panggang dari api Sahih. Kau bukan tak tau perangai playboy Walatusaer tu sedang Erina kawan baik Syafida tu pun nak diayatnya. Kalau aku jadi Syafida tak kemaruk aku nak bercinta dengan lelaki tak guna tu. Harap muka jer handsome perangai tak ubah setan. Tu yang Syafida marah sangat tu agaknya.” Gerutu Suhairi dengan nada yang sedikit geram. Muka Sahihrullah Akhbar dibelek perlahan. Sahihrullah Akhbar mengerutkan dahinya. Pelik sungguh dengan perangai kawannya itu.

“Hissshhh!! Kau ni Ri kalau nak mengata mengalahkan mulut perempuan. Tak pasal-pasal Walatusaer tu masuk syurga engkau menggigit jari masuk neraka sebab habis semua pahala kau diambiknya. Masa tu baru kau tau langit tu tinggi ke rendah.” Seloroh Sahihrullah Akhbar menyembunyikan kesedihannya. Mereka ketawa bersama.

“Aku bukan apa Ri, Aku tak nak lah Syafida yang cantik sopan tu jatuh di tangan lelaki tak guna tu. Silap hari bulan menangis tak berlagu Syafida tu dibuatnya. Eiii!! Syafida ni pun satu kau yang punya baik ni tak dipandangnya, lelaki berlagak tu jugak yang dikejarnya. Hissshhh!!! Tak faham aku perempuan zaman sekarang ni, tak reti nak menilai mana kaca mana permata. Kaca yang tak berkilau tu jugak di tengoknya. Handsome memanglah handsome tapi lagak tak ubah setan nak buat apa? Tengok tu belum jadi laki dah buat Syafida tu kecewa marah tak bertempat.” Pantas saja Suhairi mengata Walatusaer kawan sekelasnya itu. Sahihrullah Akhbar sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kemudian perlahan-lahan kepalanya digeleng sambil melihat Suhairi yang berada di sebelah kanannya itu. Tak terkata agaknya Sahihrullah Akhbar dengan kata-kata Suhairi itu memang ada juga betulnya.

“Tepi!! Tepilah sikit. Yang duduk kat tangga tak ubah macam pengemis ni buat apa? Ganggu orang nak jalan aje. Kenapa, dah tak ada duit nak belanja kat kantin nak minta sedekah kat sini pulak?” Tempik Walatusaer berbaur pertanyaan. Suhairi mencebik, mencerlung matanya memandang Walatusaer yang biadap itu. Sahihrullah Akhbar hanya mendiamkan diri sambil bangun dari duduknya memberi ruang kepada Walatusaer.

“Pengemis macam ni yang ada hati kat girlfriend aku eiii jangan ada hatilah. Jari kelingking Syafida tu pun tak mampu kau nak tawan tau? Ada hati nak tawan hati orang. Muka tak tau malu betul cerminlah muka kau tu sapa?” Herdik Walatusaer. Jari telunjuknya kini sudah berada tepat di muka Sahihrullah Akhbar. Berubah riak wajah Sahihrullah Akhbar. Nafasnya dihela perlahan hendak mengawal diri pastinya.

“Oiiii!!! Kau siapa nak hina kawan aku? Kau sangka kau tu dah cukup baik untuk Syafida? Kau pun pergilah cermin diri kau tu siapa harap muka jer, perangai macam hantu. Kau tengoklah satu hari nanti, kau tunggu nasib kau menangis tersungkur engkau tu ditinggal dek Syafida. Kurang ajar punya jantan berani kau kutuk kawan aku.” Pantas Suhairi memarahi Walatusaer. Hendak membela Sahihrullah Akhbar lah tu. ‘Suhairi, Suhairi macamlah kuat sangat.’ Sahihrullah Akhbar mengata dalam hati sedangkan waktu itu Walatusaer sudah melangkah jauh menuju ke kantin sekolah.

“Dahlah tu Ri, Dah jauh budak Walatusaer tu yang kau terjerit-jerit kerasukan ni kenapa? Bukannya Walatusaer tu mengata kau. Dah jom jangan nak mengemis kat sini aku belanja kau ok?” Selamba aje nada suara mamat ni biarpun dah dikata macam tu. Eiii!! Sabarlah katakan budak Sahihrullah Akhbar ni. Ketika mereka mula untuk melangkah mereka terserempak dengan Syafida Ayu yang sedari tadi menjadi pemerhati. Kiranya Syafida Ayu juga telah mendengar perbualan mereka. Pantas Sahihrullah Akhbar memalingkan wajahnya. Malu pastinya. Syafida Ayu hanya menjeling tajam ke arahnya sebelum berlalu pergi. Marah agaknya kerana terdengar perbualan mereka mengenai Walatusaer kekasihnya itu. Suahiri hanya terkedu melihat keduanya.

Berkali-kali Sahihrullah Akhbar meraup mukanya apabila terkenangkan peristiwa itu. Melawan perasaan pastinya. Kedengaran pintu biliknya diketuk. Pantas Sahihrullah Akhbar membetulkan duduknya sebelum mengarahkan seseorang yang mengetuk pintunya itu masuk.

“Ohh kamu rupanya. Ada apa datang bilik saya awal pagi ni?” Tanya Sahihrullah Akhbar apabila melihat tiga orang studentnya masuk sambil memegang kertas kerja. Untuk thesis la tu, untuk apa lagi?

“Asalammualaikum sir?” Tutur Shuib memberi salam. Tangannya diangkat untuk bersalaman dengan Sahihrullah Akhbar. Sahihrullah Akhbar berdiri ketiga-tiga pelajarnya itu disalam sebelum dia mengarahkan mereka duduk.

“Waalaikumsalam, ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?” Tanya Sahihrullah Akhbar. Bibirnya kini sudah mengukir senyum. Teringat pulak dia dengan kenangannya semasa dia jadi pelajar dulu.

“Kami nak Tanya pasal tajuk ni sir entah` berkait entah tidak dengan maklumat yang kami dapat ni. Kalau boleh kami nak tolong sir bagi advice sikit dengan tajuk kami ni. Kalau perlu kami tukar tajuk tak dah masalah. Tapi nak minta jugaklah pandangan sir.” Tutur Shuib. Kertas kerja disorongkan ke depan Sahihrullah AKhbar. Matanya memandang kedua-dua kawannya yang duduk di sebelahnya itu. Sahihrullah kini sudah membaca tajuk kertas kerja itu sebelum sibuk tangannya membelek-belek kertas kerja itu. Melihat data di dalamnya pastinya.

“Bagi saya dah ok ni. Cuma perlu sedikit maklumat tambahan lagi. Saya tengok tajuk dengan data yang kamu peroleh ni dah memang berkait tapi saya rasa tak sesuai kalau kamu letakkan di peringkat global. Luas sangat skop kamu ni kalau nak letak di peringkat global payah sangat nak cari maklumat kalau peringkat global ni.” Tutur Sahihrullah Akhbar. Kepalanya diangguk perlahan. Begitu juga dengan ketiga-tiga pelajarnya itu, tanda faham agaknya.

“Ohhh jadi rasanya takda masalahlah kalau kami nak teruskan kajian ni. Cuma perlu ubah sikit jer dengan tajuk kajian ni. Kalau macam tu terima kasihlah sir. Alhamdulillah kalau takda masalah. Kiranya, pandai jugaklah kami ni kan sir?” Ketah Shuib diiring ketawanya. Kedua-dua rakannya pula hanya mewakilkan Shuib. Takut agaknya dengan lecture muda itu. Hairan jugak mereka dengan tingkah Shuib itu, lagaknya seperti sudah berkenalan lama dengan lecture muda itu. Apa nak dihairankan dah namanya Shuib itu sepupu dia memanglah rapat semacam.

“Thank you sir.” Ujar ketiga-tiga mereka sebelum berlalu dari bilik lecture muda itu. Sempat lagi Shuib mengenyitkan matanya pada Sahihrullah Akhbar. Memang mereka sudahpun berbincang mengenai perkara itu di rumahnya sewaktu Shuib dan familynya pergi melawat kelmarin. ‘Gatal jugak budak Shuib ni, dengan aku aku sekali nak di tacklenya. Kalau dah bapok, bapok jugaklah jawabnya. Nasib engkaulah Sahihrullah Akhbar dapat sepupu bapok semacam Shuib tu.’ Gerutu Sahihrullah Akhbar bernada geli di dalam hatinya. Kedua belah bahunya sudah terangkat geli.


Da abes baca,sila la komen

No comments:

Post a Comment

huhu...komen ag