Friday 7 November 2014

Di Sini bermula Sebuah Kehidupan

~ Hijrah kali ini.. Mudah2han dengan keizinan Allah aQ mampu menjadi insan yang terus menerus mencari dan menginginkan keredhanan Allah.. Siapa la kita manusia di mata Allah andai tanpa redha dn berkat dariNYa.. Alhamdulillah aQ masi diberi kekuatan untuk terus mencari apa itu redha Allah. aQ masi kuat untuk terus mengenal apa itu redha Allah. Mudah2han dengan hijrah kali ini aQ mampu menjadi seorang lagi hamba Allah yang terus patuh dn lembut hati terhadap apa yg digelar sebagai iman, islam dan ihsan.

~ Kemuncak sebuah kehidupan disini, insyaAllah pada hijrah kali ini, mudah2han aQ menjadi khalifah dunia yg sentiasa dahagakan ilmu islam dn redha Allah.. Apa yg plg penting.. aQ ingin mencintai dia S***i Q kerana Allah tuhan Q.. Mana tidakny.. Jika dia bukan s***i Q kini, pasti dia adalah penyumbang dosa yg paling besar dalam hidup Q. Alhamdulillah dengan izin dan redha Allah, Allah menjadikan dia penyumbang pahala terbesar dalam hidup Q buat bekalan di akhirat kelak. Sungguh pahala dari Allah itu kekal nikmatny.. dengan dosa, sudah pasti Allah murka. dan pastiny aQ membuat keputusan yg plg tepat menjadikan dia pelengkap sebahagian dari agama Q.. aQ mengelak dosa, kerana takut kemurkaan Allah, dn aQ bern***h sememangny untuk mengelak kemurkaan Allah. Wallahu'alam sememangnya inilah yg membuat aQ beranggapan bahawa aQ mencintainya kerana Allah..

~ Seusai bangkit dari lena, sememangny syukur yg berkata-kata di hati.. Wajahnya menjadi tatapan pertama dimata Q. Sambil otak ligat berfikir satu hari pasti dia akan pergi meninggalkan aQ, atau satu hari pasti aQ akn pergi meninggalkan dia.. Allahu bagaimana cara untuk aQ terus bersama dia? Hanya satu jawapan yg muncul dibenak, teruskan beribadah kerana Allah, kumpullah amal sebanyak mungkin, patuh pada dia dan Allah, jaga aurat, jaga hati, jaga mata dan jagalah semua deria yg boleh mendatangkan kemaksiatan. Berdoalah agar Allah tidak membolak-balikkan hati mu? Berdoalah agar dia terus menjadi pelengkap kehidupan dunia dan akhirat mu.. Allahhu, sungguh aQ mencintai dia dan ingin terus bersamanya di dunia dan di akhirat.. Love U MR.Husb

~OWNER~
Read more...
Da abes baca,sila la komen

Monday 11 November 2013

Dah lama tak update blog ni..
Bukan maksud Owner xkan update novel tuh..
tp Owner tak ada masa nak update Blog..
but still novel akan update nanti, sebab bab by bab pun dah mpir settle..
cuma nak update dlm blog ni ja yang tak ada masa...
Owner busy dengan assigment n latihan ilmiah yang kena siapkan dalam dua semester ni lagi...
pada yang follow blog owner 2k baca novel update..
sory sgt2 sebab buat korang tertunggu2 dengan bab seterusnya..
is my first writing.. hope.. kekawan blogger yang follow suka dengan cita novel ni...

-Owner-
Read more...
Da abes baca,sila la komen

Sunday 5 May 2013

Kepastian Cinta Abadi

BAB 4
‘Huhhh!!!!’
Keluh Syafida Ayu setelah selesai kuliah pada hari itu. Segera Syafida Ayu menghidupkan enjin keretanya setelah berada dalam perut kereta. Malangnya, meskipun dia mencuba berulang-kali enjin keretanya masih berdegil tidak mahu hidup. Syafida Ayu mencapai telefon bimbit di dalam tas tangannya. Pantas jari-jemarinya menekan nombor Dato’ Malik.

“Abah, Ayu ni…” Belum sempat Syafida Ayu mengakhiri bicaranya, Dato’ Malik mencelah.

“Abah tengah sibuk ni. Call Abah later ok?” Tutur Abah penuh pengharapan agar Syafida Ayu tidak mengganggunya. Tut..tut…tut…Kedengaran bunyi talian diputuskan. Syafida Ayu sekadar ternganga. Tidak sangka pulak abahnya sibuk sebegitu rupa sehingga tidak memperdulikan panggilannya. Mulutnya yang sedia ternganga ditutup perlahan-lahan. Terjengil matanya melihat handphonenya mati bernada kehabisan bateri.

“Abah,Abah?” Getus Syafida Ayu lagi sambil menggelengkan kepalanya perlahan, Syafida Ayu mengetap giginya. Kepalanya kini disandarkan ke kusyen kereta, buntu agaknya. ‘Aaaaa!!! Kereta napa rosak time ni? Kan dah lewat ni? Kalo nak rosak pun, rosak esok jer lah.’ Tutur Syafida Ayu bermonolog dalam hatinya.

‘Tok tok.’

Cermin kereta Syafida Ayu di ketuk. Syafida Ayu menoleh lemah. Ternyata Sahihrullah Akhbar yang mengetuknya. Syafida Ayu segera membuka cermin kereta Viosnya.

“Kenapa tak balik lagi?” Tanya Sahihrullah Akhbar sambil keningnya terangkat sedikit. Pada awalnya Syafida Ayu tidak mahu menjawab. Tapi apabila Syafida Ayu menjengah jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan jam 10 malam Syafida Ayu segera menjawab. Perasaan sakit dan benci dihatinya terhadap lelaki dilupakan seketika.

“Kereta saya buat hal lah pulak. Tak boleh nak start.” Jawab Syafida Ayu dengan nada yang bersahaja. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia berteriak saat itu tidak mahu bercakap dengan lelaki penyibuk itu. Tangannya diletakkan di staring kereta, berlagak tenanglah tu. Dalam kesusahan pun masih lagi nak berlagak tenang. Ayu, Ayu.

“Dah tu nak balik macam mana?” Tanya Sahihrullah Akhbar pula sambil mengerutkan dahinya. Risau pastinya Sahihrullah Akhbar saat itu. Mana tidaknya sudah lama dia memendam perasaan cintanya terhadap wanita yang berada dihadapannya kini. Sejak dari bangku sekolah lagi. Ya! Sejak dari bangku sekolah lagi. Cuma Syafida Ayu saja yang tidak menyedarinya malah wajah Sahihrullah Akhbar juga baru dilihatnya ketika Sahihrullah Akhbar mengajaknya berkenalan di perpustakaan tempoh hari.

“Entahlah..”Jawab Syafida Ayu ringkas sambil bahunya dijengketkan sedikit. Bosan agaknya hendak bersoal jawab dengan lelaki di sebelah pintu keretanya itu.

“Kalau macam tu takpelah. Biar saya hantar awak balik?” Pelawa Sahihrullah Akhbar menawarkan dirinya. Syafida Ayu tidak punya pilihan. Dia sekadar mengiyakan tawaran Sahihrullah Akhbar. Nak buat macam mana, nasib kau lah Syafida Ayu dah tak ada pilihan nak tak nak kena terima jugaklah tawaran Sahihrullah Akhbar. Kalau tak tidur bermalamlah kau di fakulti ni seorang diri.
Syafida Ayu hanya mendiamkan diri ketika berada di sebelah Sahihrullah Akhbar yang sedang asyik memerhatikan jalan. Sesekali dia melirik wajah tampan milik lelaki itu. Antara lupa-lupa ingat dia merasakan dia pernah berjumpa dengan lelaki itu. Tapi entahlah dimana agaknya. Dia sendiripun tidak pasti. Matanya dipejam rapat seketika mengingat semula kisah-kisah lalu sama ada dia pernah berjumpa dengan lelaki disebelahnya kini atau tidak pastinya. ‘Arrrghhh!! Tak mungkinlah, mana pernah aku berjumpa dengan lelaki penyibuk macam ni selama ni.’ Gumam Syafida Ayu di dalam hati sebelum kepalanya digeleng perlahan.
Perdana WGK 110 memasuki perkarangan rumah mewah empunya Dato’ Malik. Syafida Ayu sudah berkira-kira untuk keluar dari kereta Perdana milik Sahihrullah Akhbar.

“Terima kasih Encik Sahih.” Ucap Syafida Ayu melembutkan suaranya sehabis mungkin. Mahu tak mahu terpaksa jugalah Syafida Ayu mengucapkan terima kasih kepada Sahihrullah Akhbar kerana telah menumpangkannya pulang ke rumah. Kiranya Syafida Ayu terhutang budi jugaklah dengan mamat sorang ni. Nasib engkaulah Ayu. Kalau tidak bermalamlah engkau kat fakulti tu sampai ke esok.

“Sama-sama. Tak der masalah, lepas ni kalau Ayu ada apa-apa masalah. Jangan segan hubungi saya, ini kad saya.” Balas Sahihrullah Akhbar sambil menghulurkan sekeping kad untuknya. Syafida Ayu sekadar mengangguk dan mencapai kad yang dihulurkan padanya.

SYAFIDA AYU berada dirumah. Tidak ada kelas pastinya. Syafida Ayu menghabiskan masanya dengan membaca novel cinta. Telefon bimbitnya berdering. Syafida Ayu segera mencapai telefon bimbitnya yang berada di sisi katil. Syafida Ayu mencebik apabila nama Sahihrullah Akhbar tertera di skrin telefon bimbitnya. ‘Macam mana pulak mamat ni tau nombor aku, tak pernah pun aku hantar mesej kat dia. Nak call, eiii tak kemaruk aku nak call lelaki penyibuk ni. Menyusahkan diri aje.’ Sempat lagi Syafida Ayu mengata Sahihrullah Akhbar, bibirnya dimuncungkan sedikit sebelum ibu jarinya menekan punat hijau di sebelah kiri telefon bimbitnya.

“Assalammualaikum?” Ucap Syafida Ayu memula bicara. Lidahnya dijuihkan ke telefon. ‘Kalau bukan semalam kau dah tolong aku tak kuasa aku nak angkat panggilan kau ni.’ Gerutu Syafida Ayu di dalam hati. Eii perempuan ni luar jer ayu semacam lagaknya, rupanya ada jugak kerasnya.

“Waalaikumsalam..Sahih ni.” Jawab suara yang berada di hujung talian tika itu. Kedengaran sedikit tawa kecil di hujung bicaranya. Happy agaknya kerana Syafida Ayu menjawab panggilan telefonnya itu. Untunglah engkau Sahih.

“Saya tahu..”Jawab Syafida Ayu bersahaja sempat lagi Syafida Ayu membuat memek mukanya. Selepas saja Sahih memberi kad hari itu, Syafida Ayu terus menyimpan nombor telefon Sahih dalam memori telefonnya. Syafida Ayu sudah duduk di tengah katil.

“Ayu tengah buat apa? Boleh kita jumpa?” Tanya Sahihrullah Akhbar penuh pengharapan. Entah apa lagi yang dia mahukan kali ini. Dengan pertanyaan yang menebal di hatinya, Syafida Ayu membiarkan saja pertanyaan Sahihrullah Akhbar tanpa jawapan.

“Ayu please? Kita jumpa kat pantai hari tu? Ada benda yang saya nak cakap kat Ayu. Boleh yer?”Rayu Sahihrullah Akhbar lagi setelah menyedari tiada jawapan di hujung talian. Butang bajunya dikemaskan. Rambutnya diraup perlahan ke belakang. Kacak jugak Sahihrullah Akhbar ni bila memakai baju kemeja biru muda dengan seluar slek berwarna hitam.

“Apahal pulak nak jumpa saya? Encik Sahihrullah kalau pasal saya terima bantuan awak kelmarin tu sebagai tiket untuk awak nak kenal saya dengan lebih dekat jangan nak bermimpi di siang harilah yer Encik Sahih. Saya tak berminat sebenarnya dengan lelaki ni. Pintu hati saya dah tertutup rapi untuk mana-mana lelaki. Jangankan nak berkawan, berkenalan pun saya tak nak. Tuah awaklah dah tau nama saya.” Panjang lebar Syafida Ayu menolak pelawaan Sahihrullah Akhbar yang ingin berjumpa dengannya itu. Tegang juga wajah ayu pemilik badan kecil molek itu dibuatnya. Sahih Sahih tak serik-serik engkau yer? Arghh!! Aku tak peduli, apapun caranya aku nak juga jumpa dengan Ayu hari ni.

“Syafida Ayu saya tak bermaksud macam tu, saya cuma nak bagitahu awak something. Please Syafida Ayu saya harap sangat awak boleh jumpa saya hari ni. Saya dah takda masa Syafida Ayu.” Tutur Sahihrullah Akhbar berbaur pujukan. ‘Essshhh!! Mamat ni lain macam pulak bicaranya.’ Syafida Ayu mendengus di dalam hati.

“Hal apa pulak sampai nak jumpa-jumpa ni? Dah takda masa apa pulak masalahnya kalau bagitahu kat dalam telefon ni aje. Tak payah nak buang-buang masa nak drive.” Aik bendul pulak pelajar Ijazah Sarjana Muda Program Hubungan Industri ini tak padan dengan imej skemanya.

“Syafida Ayu, please kali ni aje. Lepas ni kalau awak tak nak jumpa saya pun takpelah.” Rayu Sahihrullah Akhbar. Nada suaranya sedikit merajuk. ‘E eh mamat ni, baru jer kenal dah buat-buat rajuk. Eii!!! Tak kuasa aku nak melayannya.’ Berubah cengil riak wajah Syafida Ayu dengan permintaan Sahihrullah Akhbar itu. Syafida Ayu berdiri dari duduknya, kepalanya yang tidak pening itu diurut perlahan sebelum Syafida Ayu bersuara.

“Oklah, kejap lagilah saya sampai.”Jawab Syafida Ayu bersahaja, ingin juga dia mengetahui apa yang ingin di sampaikan oleh Sahihrullah Akhbar biarpun berat untuknya membuat keputusan. Segera punat merah ditenyel kejam. Marahlah tu, ‘Ada ke main paksa-paksa, tak faham betul aku dengan mamat seorang ni. Kata kenal lama tak jugak, baru berapa minggu lalu. Status lecture muda dia tu tak heran sangatpun bila-bila aku boleh dapat.’ Gerutu Syafida Ayu di dalam hati sebelum segera tangannya membuka almari baju. Hendak memilih baju yang sesuai dipakailah tu pastinya. Ayu Ayu mana agaknya sifat lemah lembut engkau tu yer? Marahkan nyamuk seekor habis kelambu kau bakar sampai hangus.

SYAFIDA AYU melihat sekeliling mencari kelibat Sahihrullah Akhbar pastinya. Lama jugak Syafida Ayu mencari kelibat Sahihrullah Akhbar itu sebelum Syafida Ayu melihat Sahihrullah Akhbar duduk di kerusi berhadapan dengan laut sedang menunggunya. Di sebelahnya pula ada pokok rendang memayunginya. Syafida Ayu merapati Sahihrullah Akhbar. Dahinya dikerutkan sedikit. Ada riak tidak puas hati di wajahnya kerana terpaksa memenuhi permintaan lelaki yang baru dikenalinya itu. Syafida Ayu mendengus perlahan.

“Assalamualaikum?” Sapa Syafida Ayu lembut berbaur nada yang sedikit geram.

“Waalaikumsalam.” Jawab Sahihrullah Akhbar sayu kedengaran nada suaranya, seketika mereka mendiamkan diri. Sesaat, dua saat. Masih senyap. Syafida Ayu mengalihkan pandangannya ke dasar laut.

“Apa yang awak nak cakap?” Tanya Ayu bersahaja tak luak rasanya dia nak berlama dengan lelaki itu. Kacak memanglah kacak tapi pintu hatinya sudah tertutup rapat untuk bergaul dengan insan yang bergelar lelaki. Matanya memandang jauh ke dasar laut. Sedang angin laut pula bertiup lembut menyentuh pipinya, tudung litupnya yang sesekali menghala ke belakang ditarik lembut ke depan. Sahihrullah Akhbar memandangnya sekilas. Beriak biasa saja Syafida Ayu ni macam orang yang tiada perasaan lagaknya.

“Saya nak sambung study kat Oversea?” Beritahu sahihrullah Akhbar perlahan nada suaranya menuturkan. Jauh disudut hati dia mahu Syafida Ayu menghalanginya. Syafida Ayu memandang kejap wajah lelaki itu sebelum pandangannya dialihkan ke tempat lain. Pelik agaknya. ‘Apa kaitannya dengan aku, perlu ke nak bagitau aku?’ Sempat lagi Syafida Ayu bermonolog dalam hati sebelum bersuara.

“Aaaaa..oklah tu. Then apa masalahnya dengan saya? Awak nak minta support ke dengan abah saya? Kenapa tak tanya abah saya jer, bukan awak dah kenal lama ke dengan abah saya? ” Bersahaja jawapan Syafida Ayu mengebom lelaki itu. Esshh! Syafida Ayu ni betul-betul dah jadi batu agaknya hati wanitanya ini sampaikan tak boleh memahami kata-kata yang tersirat disebalik bicara pemuda tampan pemilik nama Sahihrullah Akhbar itu.

“Ayu, saya nak berterus terang.” Pohon Sahihrullah Akhbar. Matanya memandang sekilas wajah Syafida Ayu yang sedang berdiri di tepinya itu. Kecil molek badan wanita itu dilengkapi dengan jubah dan jilbab berwarna hitam yang sedia tersarung diwajahnya. Anggun, Ayu seperti namanya.

“Apa dia?” Tanya Syafida Ayu pula. Mata Syafida Ayu tertancap tepat ke wajah Sahihrullah Akhbar. Aik macam tomboy pun ada lagaknya. Syafida Ayu cakap sopan sikit boleh tak? Jangan nak malukan kaum hawa. Hawa tak ada tau yang cakap kasar macam tu.

“Ayu tak rasa apa-apa ke sejak pertama kali kita jumpa. Muka saya ni awak langsung tak pernah Nampak ke? Atau awak buat-buat tak pernah nampak muka saya ni. Ni tengok muka saya ni.” Bicara Sahihrullah Akhbar sambil menunjuk-nunjuk mukanya seolah-olah inginkan kepastian dari wanita yang dicintainya itu. Dari pertama kali dia melihat wajah munggil wanita itu di sekolahnya dulu sehingga sekarang wanita itu berada dihadapannya tak pernah padam walau sebesar hama pun perasaan cintanya terhadap wanita yang tidak pernah mengendahkannya itu. ‘Aik bila masa pulak aku pernah nampak mukak lelaki ni. Salah orang ke apa mamat sorang ni.’ Getus Syafida Ayu di dalam hati. Syafida Ayu masih diam tanpa kata. Wajah Sahihrullah Akhbar dipandang kejap sebelum matanya dipejam rapat. Cuba mengingatkan sesuatu. Tapi entahlah wajah Sahihrullah Akhbar langsung tiada dalam memori ingatannya.

“Saya tak tau dah nak kata apa, kenapa Ayu langsung tak rasa apa yang saya rasa? Dari zaman sekolah tau tak? Memanglah masa tu saya tak ada kekuatan nak beritahu awak. Dah awak tu sibuk berkepit dengan Walatusaer saya nak buat apa dan sekarang ni Walatusaer tu dah tak ada dalam hidup awak. So, apa masalahnya awak pandang saya sekarang ni?” Tutur Sahihrullah Akhbar dengan sedikit riak kecewa di wajahnya. Ada pulak kekuatannya untuk menyatakan perasaannya saat itu. Aik! Sahih dah keluar ker sifat kelelakian engkau tu? Fuhh! Apalagi segerakanlah meminangnya. Eh! Sampai ke situ pulak. Hampir berderau darah yang mengalir dalam tubuh Syafida Ayu bila Sahihrullah Akhbar menyebut nama Walatusaer. Matanya dibulatkan memandang Sahihrullah Akhbar. Riak wajahnya berubah. Pasti inginkan kepastian. Ya Kepastian. Bagaimana pulak dia boleh satu sekolah dengan lelaki yang tak pernah dinampaknya itu, macam mana pulak dia boleh kenal dengan Walatusaer lelaki yang amat dicintainya itu. Ehh!! Bukan lagi lelaki yang dicintainya tapi lelaki yang amat dibencinya kini. Meluap-luap api kebencian di dalam hatinya bila teringat dengan lelaki tak guna yang meragut kepercayaannya itu.

“Saya tak tau macam mana caranya dan saya tak nak ambik tau pun macam mana awak boleh kenal saya. Yang saya pasti saya tak pernah kenal awak. Tengok awak kat sekolah pun saya tak pernah. Mungkin awak salah orang tak?” Tutur Syafida Ayu mengawal nada suaranya. Ikutkan hatinya mahu saja Syafida Ayu menghamburkan kemarahannya saat itu sedap hati mulut dia aje mengata aku sibuk berkepit dengan Walatusaer tapi memikirkan mata-mata yang memandang disekelilingnya, dimatikan saja niatnya. Sahihrullah Akhbar menggeleng perlahan. Rambutnya diraup ke belakang. Tubuhnya sudah tersandar di kerusi yang didudukinya itu.

“By the way. Apa yang awak rasa? Dah lah Sahih kita baru jer kenalkan? Takkan nak rasa apa-apa pulak? Lagipun kita tak dah apa-apa hubungan pun. Saya baru jumpa awak, dan awak pun baru jumpa saya. Saya langsung tak tertarik untuk merasa apa-apa lagi dah sekarang ni. Saya yakin awak salah orang.” Panjang bicara Syafida Ayu berbaur tegas meyakinkan Sahihrullah Akhbar.

“Awak tahu tak kenapa awak jadi macam ni? Sebab awak biarkan masa lampau menguasai diri awak. Sampai saya ni pun awak tak ingat. Bagilah peluang untuk saya Syafida Ayu?” Pujuk Sahihrullah Akhbar. Kali ini Sahihrullah Akhbar berwajah serius. Dia sudah berdiri dihadapan Syafida Ayu. Mata mereka saling berpandangan.

“Peluang apa yang awak nak? Dah lah Sahih saya tak minatlah nak cerita masa-masa lalu ni. Anyway, tak pernah saya nampak wajah awak selama saya hidup ni. Hahh!! Time kat perpustakaan tu lah kali pertama saya nampak awak tau.” Tutur Syafida Ayu penuh meyakinkan Sahihrullah Akhbar. Syafida Ayu mengerling kejap wajah tampan lelaki itu sebelum pandangannya di alihkan ke dasar laut.

“Ayu…” Belum sempat Sahihrullah Akhbar menghabiskan bicaranya, Syafida Ayu mencelah.

“Dah lah Sahih.Tiada yang bermula dan tiada apa yang mahu dimulakan. Saya dengan awak hanya sebagai pelajar dengan pensyarahnya. Awak kena ingat, saya takkan kenal awak kalau bukan disebabkan awak lecture saya. Sudah, awak jangan nak kelirukan saya. Saya tak suka dengan benda-benda macam ni.” Syafida Ayu sudah berkira-kira untuk meninggalkan Sahihrullah Akhbar. Entah apa yang Syafida Ayu rasakan kini. Kekecewaan yang menghimpitnya terlalu sukar untuk dilupakan. Meskipun pahit Syafida Ayu terpaksa menelannya dengan ikhlas. Apa yang terjadi dianggapnya sebagai sesuatu yang mematangkannya. Dibiarkan Sahihrullah Akhbar bersendirian. Sahihrullah Akhbar menekup mukanya dengan kedua belah tangannya. Kepalanya ditundukkan merenung pasir. Kelu tak terkata pastinya untuk menahan Syafida Ayu yang sudahpun berlalu pergi meninggalkan Sahihrullah Akhbar.

Read more...
Da abes baca,sila la komen