Saturday, 16 March 2013

KEPASTIAN CINTA ABADI


PROLOG
Mencari kepastian cinta
Harus melalui sesuatu yang sukar untuk dilalui
Sesuatu yang sukar untuk dilalui
Pasti adalah sesuatu yang amat membebankan hati dan perasaan
Itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan.
Namun,Allah tidak akan menguji hambaNya
Diluar kemampuan hambaNya.



IZINKAN AKU MENCINTAIMU SAYANG..

BAB 1

Syafida Ayu bangkit dari tilam empuknya. Walaupun tubuhnya masih menggeliat malas dan terasa ingin menarik selimutnya kembali menutupi tubuhnya semula. Namun, Syafida Ayu tetap menggagahi tubuhnya untuk bangun menunaikan kewajipannya sebagai muslimah sejati. Meskipun kehidupan mewah bagai nak rak dipenuhi oleh kedua orang tuanya, namun Syafida Ayu tetap dengan prinsipnya ‘tiada yang kekal di dunia ini,melainkan amal yang soleh buat bekalan di alam akhirat.’ Baginya, harta kemewahan yang diberikan oleh Dato Malik dan isterinya Datin Sa’adah hanya pinjaman sementara dari Allah yang maha esa. Begitu murni dan sucinya hati anak gadis mereka ini, ada rupa, harta dan kemewahan namun tidak pula mempunyai sifat sombong dan angkuh. Wajahnya yang manis serta tingkahnya yang sopan membuatkan sejuk perut ibu yang mengandungkannya itu.

Alhamdulillah, semestinya itulah ungkapan yang muncul di bibir kedua orang tuanya.

Selesai Syafida Ayu menunaikan solat subuh, Syafida Ayu segera bangkit untuk bersiap-siap menuju ke fakulti tempat dia melanjutkan pelajarannya selepas STPM dulu. Walaupun begitu tiada apa yang perlu dikejarkannya, kerana hari itu kuliah telahpun ditunda pada jam berikutnya. Syafida Ayu dengan senang hati menuju ke perpustakaan. Tas tangan dan beberapa buah buku dikemas rapi di tangannya. Lazimnya beginilah rutin harian Syafida Ayu. Syafida Ayu selalu menghabiskan masanya dengan belajar, belajar dan belajar. Hanya laptop yang menemaninya ke hulu ke hilir. Syafida Ayu seringkali meminggirkan dirinya dari teman-teman, jarang bergaul dan suka pula bersendirian. Memang begitukah Syafida Ayu? Atau ada sesuatu yang terjadi padanya sehinggakan dia lebih gemar untuk bersendirian dan meminggirkan diri dari teman-temannya?

“Syafida Ayu, walau apapun yang terjadi Saer tetap mencintai Ayu. Saer takkan tinggalkan Ayu, Ayu aje satu-satunya dalam hati ini, tak ada yang lain sayang. Percayalah sayang.”

Ucapan manis yang pernah diungkapkan oleh Walatusaer kekasih lamanya dulu seringkali menerawang di segenap kotak fikirannya. Suara itu seringkali menjenagh kuping telinganya. Panas dihatinya mulai membara setiap kali wajah Walatusaer menjengah di layar matanya. Sungguh dia tidak menyangka secepat itu hubungan mereka. Walaupun baru sebulan berkenalan, Walatusaer terus meluahkan isi hati dan janjinya pada Syafida Ayu. Syafida Ayu pula dengan senang hati menerima Walatusaer sebagai kekasihnya. Sedangkan ketika itu Syafida Ayu masih berusia 17 tahun. Dalam usia seperti itu Syafida Ayu masih lagi bergelar pelajar tingkatan lima dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala Walatusaer pula berada di tingkatan enam atas. Mana tidaknya lelaki yang bernama Walatusaer itu memiliki rupa paras yang kacak, berkulit bersih berwarna putih dan menjadi kegilaan dalam kalangan pelajar sekolah mereka pulak tu, dan Syafida Ayu pula memang mempunyai harapan yang menggunung untuk memiliki Walatusaer sejak pertama kali mata mereka saling berpandangan. Pantas saja Syafida Ayu menerima kata cinta lelaki itu tanpa berfikir panjang pastinya. Sedangkan bukan Walatusaer saja yang berbuat demikian malah ramai lagi lelaki yang tergila-gilakan dia, dia saja yang menjual mahal. Jaga saham agaknya? ‘Arrrrrghh!!!!!’ Hati kecilnya mendengus marah. Mukanya diraup berulang kali sehingga tudung litup yang menutupi kepalanya tersenget sedikit. ‘Semua itu cerita lama tak perlu dikenang lagi.’ Rayu hati kecilnya.

“Syafida?????”

Kedengaran suara Erina memanggil suaranya.. ‘Apalagi yang mami jarum ni nak kat aku.’ Marah hati kecilnya. Seboleh-bolehnya ingin saja Syafida Ayu melarikan diri detik itu. Meluat rasanya mahu mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh Erina yang digelarnya mami jarum itu dek kerana mulutnya yang suka membuat cerita. Syafida Ayu memandang kejap wajah Erina sebelum matanya memaling jauh dari wajah Erina sahabat karibnya itu yang juga merupakan sepupu kepadanya. Meskipun mulut laser perempuan itu sering menyakitkan hatinya, tapi hatinya tetap mempunyai perasaan sayang terhadap perempuan itu. Entah apa ubat pengasih yang dipakainya sehinggakan Syafida Ayu terus-terusan menyanyanginya.

“Apa hal?” Ringkas pertanyaan Syafida Ayu. Tangannya ketika itu sudahpun melingkar ditubuhnya, wajah meluat dilemparkan ke arah sahabatnya itu.
“Pakwe engkau dating dengan pompuan lainlah. Engkau tak jelous ke?” Selamba jer mulut mami jarum tu mengata. ‘Eshhhh!!!’ Keluh hatinya. ‘Apa hal aku ni yer?Balik-balik jer ingat benda ni,benda ni bukan penting pun nak di fikir.’ ‘Arrrghhh!!!’ Keluhnya lagi. Jari jemarinya sudah melingkat di ruang dahinya.

“Hai?” Kedengaran ada seseorang yang menyapanya. Matanya memandang kejap wajah tampan yang hadir didepannya saat itu sebelum mukanya menunduk mendapatkan pen sambil menggerak-gerakkan ditangannya. Langsung tidak tertarik untuk berbual dengan lelaki dihadapannya itu.

“Hai jugak.” Jawab Syafida Ayu ringkas berbaur nada bosan dihujungnya. Syafida Ayu sedikitpun tidak berminat untuk berbicara dengan lelaki tersebut. Seorang pemuda tampan dan kacak sedang berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangan. Syafida Ayu mengerling pemilik tangan tersebut sambil bibirnya mencebik geram pastinya? Meskipun ada cermin yang menghiasi matanya, namun sinar di matanya tetap kelihatan. Ada kuntum senyum yang ikhlas darinya buat Syafida Ayu. ‘Kacak jugak mamat ni?’ Puji Syafida Ayu di dalam hati tanpa sedar, tapi tiada pula rasa berminat dihatinya untuk berbual dengan lelaki berkaca mata berbentuk empat segi itu. Mungkin hatinya sudah tertutup rapi untuk semua lelaki dek satu peristiwa hitam berkisar Walatusaer kekasih lamanya dulu. Mungkinkah? Entahlah…

“Asalammualaikum?” Syafida Ayu memberi salam kepada pemuda itu, pemuda yang sedikitpun tidak dikenalinya. Sedang wajahnya baru saja kelihatan di perpustakaan itu. Syafida Ayu sekadar berbasa-basi tanpa terniatpun di hatinya untuk menyindir lelaki yang berada dihadapannya kini.

“Waalaikumsalam” Jawab Sahihrullah Akhbar perlahan sambil menarik tangannya yang tidak bersambut. ‘Huhhhh!!!! Buta ke ape mamat ne. Dah Nampak orang pakai jilbab takkanlah nak bersalaman pulak.’ Teriak Syafida Ayu di dalam hati. Ikutkan hatinya mahu saja dia menenyel kepala lelaki itu.

“Boleh saya duduk?”Tanya pemuda itu, pemuda yang tidak dikenalinya. Dari mana datangnya, dan apa tujuannya. Syafida Ayu memandang kejap pemilik suara itu sebelum kepalanya diangguk perlahan.

“Silakan…” Balas Syafida Ayu ringkas..Rasanya ingin saja Syafida Ayu meninggalkan tempat itu, melarikan diri dari bercakap dan bersoal jawab dengan pemuda itu.

“Nama saya Sahih, Sahihrullah Akhbar.” Pemuda itu mengenalkan dirinya setelah punggungnya berlabuh di salah sebuah kerusi berhadapan dengan Syafida Ayu ‘lah… Mamat ni, bila masa pulak aku tanya namanya?’ Sekali lagi Syafida Ayu bermonolog dalam hatinya. Pen di tangannya kini sudah mengurut-urut kepalanya bingung pastinya.

“Owhh Encik Sahih..” Balas Syafida Ayu sambil menganggukkan kepalanya. Matanya mengerling kejap ke arah pemuda tampan yang berada dihadapannya kini sebelum mengalihkan semula matanya ke skrin laptop berpura-pura sibuk lagaknya. Hiisssh! Syafida Ayu ni, tak padan dengan wajah dan nama lagaknya. ‘Apa hal pulak? Dah aku tak berminat nak bercakap dengan mamat ni suka hati akulah.’ ‘Hiiissshhh!’ Keluhnya di dalam hati.

“Awak?” Tanya pemuda itu lagi.

“Saya?” Soal Syafida Ayu diiring dengan memek mukanya yang hairan. Dahinya dikerutkan seolah-olah inginkan kepastian.

“Ya awaklah? Ada sesiapa lagi ke kat sini yang saya nak tanya, takkanlah saya nak tanya kakak-kakak jaga kaunter kat sana tuh jauh sangat.” Seloroh pemuda tampan yang memiliki sosok tubuh yang sasa itu mengiyakan persoalan Syafida Ayu.

“Kenapa dengan saya?” Tanya Syafida Ayu lagi. Bingung lagaknya. Dahinya masih lagi berkerut, matanya memandang tepat wajah lelaki itu.

“Nama awak?” Balas pemuda itu dengan mengukir sedikit senyum di hujung bicaranya.

“Owhh yer, nama saya Ayu, Ayu Sahada,Syafida Ayu Sahada.” Jawab Syafida Ayu dan kini matanya memandang tepat ke wajah pemuda itu. Esshh! lambat pick up betul Syafida Ayu ni. Tengok tak pasal-pasal buat malu diri sendiri.

“Owhh, nice name. Nak panggil apa ek?” Tanya pemuda itu lagi.

‘Haduhh!!!!!Kalau mcm ni sampai bila nak cabut?’ Keluh Syafida Ayu di dalam hati.

“Encik Sahih nak apa ek?” Tanya Syafida Ayu. Kali ini nada suara Syafida Ayu agak serius kedengarannya. Bosan agaknya hendak berkenalan dengan lelaki yang tidak pernah dijumpanya itu. Lagipun Syafida Ayu tidak pernah berminat untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki di kampusnya itu. Mahunya kawan lelaki hendak berkenalan dengannya pun payah ada sahaja alasan yang dia berikan sekiranya ada lelaki yang ingin berkenalan dan beramah mesra dengannya. Bukannya sombong, tapi entahlah serik agaknya.

“Saja saya nak berkenalan dengan awak, dari tadi saya tengok awak asyik termenung aje apa yang awak menungkan?” Biasa saja nada suara pemuda itu menjawab pertanyaan Syafida Ayu seolah sudah bekenalan lama dengannya.

“Siapa Encik Sahih untuk saya ceritakan apa yang sedang saya fikirkan?” Tanya Syafida Ayu bernada sinis sambil bangun meninggalkan kerusi yang sedari tadi dia duduki. Sahihrullah Akhbar juga berbuat demikian, dia melangkah mengejar Syafida Ayu. Aik! Sahihrullah Akhbar ni tak serik ke dengan pengalaman lepas. Hah! Pengalaman lepas? Pernah ke Sahihrullah Akhbar punya pengalaman lepas dengan Syafida Ayu? Atau dengan perempuan laik kut? Esshh! Berani pulak Sahihrullah Akhbar kali ni.

“Wak Salah ke apa? Saya Cuma nak berkenalan dengan awak.” Pantas Sahihrullah Akhbar mengiring langkah Syafida Ayu. Syafida Ayu berhenti seketika, matanya memandang tepat ke anak mata Sahihrullah Akhbar. Mereka berpandangan, terdiam seketika. Syafida Ayu menggeleng perlahan melihat tingkah lelaki itu, ya lelaki itu yang menggelarkan dirinya Sahih. Baru sahaja bertanyakan nama dah sibuk-sibuk nak tanya pasal apa yang dimenungkannya.

“Selamat berkenalan, nama saya Syafida Ayu Sahada. Boleh panggil saya Syafida Ayu atau apa saja yang Encik Sahih suka.” Bicara Syafida Ayu, lalu pergi meninggalkan Sahihrullah Akhbar. Tangan kanan Sahihrullah Akhbar yang dimajukan kedepan sedikit seolah-olah hendak menahan langkah Syafida Ayu diturunkan perlahan, mulutnya yang ternganga, sedikit demi sedikit mengukir senyum. Pelik pastinya dengan tingkah Syafida Ayu Sahada wanita yang baru diketahui namanya itu. Yakah baru mengetahui namanya? Entahlah…

Syafida Ayu menjengah jam di pergelangan tangannya. Tepat pukul 4 petang detik itu. Syafida Ayu bersama teman-teman sealirannya sudahpun berada di dewan kuliah. Kuliah pada hari itu membuatkan dia bersama teman-temannya terpaksa menunggu lama kerana pihak pengurusan sedang sibuk mencari pensyarah untuk menggantikan Encik Fisabilillah Ikmat yang dikatakan mengalami sedikit kecederaan dan kini sedang dirawat di hospital berhampiran.

“Assalammualaikum semua?” Sapa seorang lecture yang menggantikan Encik Fisabilillah Ikmat. Syafida Ayu yang sedari tadi sibuk membelek-belek bukunya tersentak dengan sapaan itu. Ternyata dunia yang dipijaknya itu terlalu kecil sehingga begitu banyak kebetulan yang terjadi. Bibirnya mula mencebik setelah menyedari pensyarah yang berada dihadapannya kini ialah lelaki yang mengajaknya berkenalan di perpustakaan pagi tadi.

“Nama saya Sahihrullah Akhbar, saya di sini untuk menggantikan pensyarah kamu yang sedang dirawat di hospital. Kamu semua boleh panggil saya Encik Sahih dan saya harap kamu semua tidak keberatan untuk memanfaatkan ilmu yang akan saya sampaikan. Ada apa-apa pertanyaan sebelum saya memulakan kuliah?” Terang Sahihrullah Akhbar memperkenalkan dirinya. Kedengaran siswi-siswi sedang bertanya tentang status Encik Sahih, ada pula yang bertanya tentang latar belakang dirinya, anak keberapa, adik beradik berapa, semuanya langsung tidak berkaitan dengan topik perbincangan. Dalam diam Syafida Ayu merenung jauh ke wajah tampan pemilik nama Sahihrullah Akhbar itu, tiada apa yang menarik untuk dia tahu tentang Sahihrullah Akhbar yang baru sahaja menjadi pensyarahnya itu. Hanya wajah kacak yang menarik ramai siswi-siswi ingin tahu tentang dirinya. Sedang Syafida Ayu masih terdiam seribu bahasa tanpa sebarang pertanyaan, dibiarkan dirinya merenung Encik Sahihrullah Akhbar sambil tangannya leka memegang kepalanya. Sedang Syafida Ayu merenung, Encik Sahihrullah Akhbar membalas renungannya. ‘Arrrrrgghhh!!!!’ Desis hati kecilnya sambil matanya kembali merenung buku, pantas tangannya membelek-belek buku.

Alhamdulillah kuliah pada hari itu selesai juga. Seperti hari-hari biasa, Syafida Ayu ialah orang terakhir yang meninggalkan dewan. Dengan tertib Syafida Ayu mengemaskan segala miliknya yang berada di atas meja tika itu. Setelah selesai, Syafida Ayu bergegas meninggalkan dewan kuliah. Setibanya di tempat letak kereta, Syafida Ayu segera mengeluarkan kunci kereta dari kocek baju kurungnya. Belum sempat Syafida Ayu menghidupkan enjin, pintu keretanya dibuka. Ternyata Sahihrullah Akhbar yang berada di sisinya kini. Bulat matanya memandang lelaki yang bertubuh sasa berkulit hitam manis itu. Dahinya dikerutkan sedikit, kemudian kedua keningnya diangkat. Menyatakan pertanyaan mungkin?

“Dah lewat. Tak takut ke drive sorang?” Tanya Sahihrullah Akhbar, ambil berat terhadap keselamatan Syafida Ayu. Laa mamat ni buat-buat ambik berat ker atau saja nak ngorat?

“Saya dah biasa.”Jawab Syafida Ayu. Kali ini nada suara Syafida Ayu sedikit lembut. Syafida Ayu menutup semula pintu keretanya. Pantas kereta Vios Syafida Ayu membelah jalan, Sahihrullah Akhbar pula hanya terjengul memandang kereta Syafida Ayu sehingga hilang dari pandangannya. ‘Fuhh!! Berani pulak kau Sahih?’ Gumam Sahihrullah Akhbar di dalam hati. Bibirnya mengukir senyum sebelum menuju ke keretanya yang terletak selang tiga kereta dari tempat kereta Syafida Ayu memarkirkan kereta. Pantas kereta Perdana Sahihrullah Akhbar mengekori kereta Syafida Ayu.

Setelah Syafida Ayu sampai di satu persimpangan, keretanya dihalangi oleh sebuah kereta Pajero. Kereta tersebut tidak asing baginya. Tepat tekaan Syafida Ayu bila ternyata Walatusaer yang menghalanginya. Bekas kekasihnya yang amat disayangi dan dicintainya dulu. Sehingga seluruh kepercayaannya diinjak-injak dengan menduakannya. Menduakannya? Ya Walatusaer menduakan Syafida Ayu. Wanita anggun yang memiliki personaliti sopan dan wajah yang menawan sesiapa saja yang memandangnya. Kulitnya yang cerah dan gebu mampu menambat hati mana-mana lelaki yang memandangnya.

“What do you want from me anymore?” Sergah Syafida Ayu pantas sebelum Walatusaer memula bicaranya. Tangannya diangkat berpeluk tubuh, wajahnya dipalingkan memandang ke tempat lain. Tidak ingin rasanya Syafida Ayu untuk melihat wajah lelaki yang pernah mengecewakannya itu.

“Ayu Sahada please. Let me explain what had happened.” Rayu Walatusaer.
“Kenapa, apa yang Ayu lihat malam tu tak cukup jelas? Enough Saer, Ayu dah nampak semuanya. Ayu tak sangka kawan baik Ayu, dan yang paling Ayu tak sangka awak Saer. Awak sanggup buat saya hancur macam ni, kenapa masih ada lagi ker adegan bermesraan awak yang Ayu tak tahu dan awak nak jelaskan lagi dengan Ayu sampai Ayu betul-betul jelas?” Tanya Syafida Ayu seolah-olah menyindir lelaki yang selama ini dia cintai itu. Blam! Rasanya bagai ada sesuatu yang menghempap jantung Walatusaer. Sesak, nafasnya seakan sesak mendegar sindirin Syafida Ayu.

“Ayu….” Belum sempat Walatusaer menghabiskan bicaranya, Syafida Ayu mencelah. Mata Syafida Ayu tepat memandang wajah Walatusaer. Sedang Walatusaer hanya terdiam seribu bahasa.

“Hampir tiga tahun kita bersama Saer. Ayu tak sangka awak sanggup hancurkan apa yang kita lalui selama ni, mungkin Ayu tak cukup cantik macam Erina right? Ok fine, memang Ayu tak nampak elegant macam Erina dan kawan-kawan dia yang lain. Tapi salahkah? Salahkah Ayu dengan pemakaian kolot macam ni? Jubah, baju kurung, jilbab semua? Salahkah Ayu jadi orang yang macam ni?” Bentak Syafida Ayu berupa pertanyaan yang bertubi-tubi, panas matanya ingin saja merembes air mata di pipinya. Namun, Syafida Ayu bertahan. Dia tidak mahu kalah dengan tangisannya. Syafida Ayu tidak mahu Walatusaer melihat kelemahannya. Syafida Ayu juga tidak mahu membazirkan air matanya kerana seorang lelaki yang hanya membuat luka dalam di hatinya. Tanpa berlengah lagi, Syafida Ayu kembali ke perut kereta tanpa menghiraukan Walatusaer. Pecut kereta Syafida Ayu menyusuri jalan. Dihampaskan tangannya berulang kali di staring kereta, airmatanya mengalir laju. Sesekali Syafida Ayu menyeka airmatanya perlahan. Hiba pastinya hati perempuan itu detik ini.

Sampai di garaj rumahnya, dia mematikan enjin kereta. Tidak sampai sesaat dia berada di luar kereta kedengaran suara lelaki menyapanya.

“Assalammualaikum?” Sapa Sahihrullah Akhbar sambil matanya tertancap tepat ke arah Syafida Ayu yang ketika itu separuh langkahnya sudah teratur menuju ke muka pintu. Syafida Ayu menoleh ke arah suara tersebut. Kelibat Sahihrullah Akhbar sudahpun terjengul di garaj rumah.

“Waalaikumsalam.” Jawab Syafida Ayu sambil menoleh ke pintu pagar rumah yang belum bertutup. Matanya kelihatan sembam akibat tangisan tadi pastinya. Dahinya dikerutkan sedikit apabila ternyata Encik Sahihrullah Akhbar yang memberi salam.

“Macam mana Encik Sahih?” Belum habis Syafida Ayu berbicara, Sahihrullah Akhbar mencelah.

“Owhh yer, saya mengekori Ayu tadi. Saya Cuma nak pastikan Ayu selamat sampai.”

“Jadi Encik Sahih?”Sekali lagi Sahihrullah Akhbar mencelah.

“Ya, saya juga menyaksikannya.” Jawab Sahihrullah Akhbar pula.

“Apa yang encik Sahih tahu tentang saya?” Tanya Syafida Ayu lagi. Tangannya mengurut lembut dahinya yang tidak sakit itu, bingung pastinya dengan kehadiran insan yang seakan mengetahui segalanya tentang dirinya.

“Saya tak bermaksud apa-apa Ayu.” Belum sempat Sahihrullah Akhbar menghabiskan tuturnya, Abah Syafida Ayu muncul di muka pintu.

“Kawan ker Ayu?” Tanya Dato’ Malik yang perasan akan perbualan Syafida Ayu dengan Sahihrullah Akhbar ketika itu. Belum sempat Syafida Ayu menjawab, Sahihrullah Akhbar segera mendapatkan Abah Syafida Ayu untuk bersalaman dengannya.

“Apa khabar pakcik?”Tanya Sahihrullah Akhbar selamba, seolah-olah telah lama berkenalan dengan keluarga Syafida Ayu.

“Khabar baik, mari masuk. Kawan Ayu ker?” Tanya Dato’ Malik lagi. Syafida Ayu hanya dibiarkan di luar mengorak langkah mengekori Abah dan Sahihrullah Akhbar yang baru sahaja menjadi pensyarahnya hari itu. ‘Arrrghhh!!!’ Keluhnya pula di dalam hati. Apa pula yang datang padanya kali ini.

“Ya saya pakcik?” Sahihrullah Akhbar menjawab sambil melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu banglo milik keluarga Syafida Ayu.

“Cantik rumah pakcik.” Tutur Sahihrullah Akhbar memulakan bicara setelah perasan keadaan sunyi sepi antara mereka berdua. Mata Sahihrullah Akhbar memandang sekeliling rumah Dato’ Malik. Terhias indah tampaknya dengan perabot dan perhiasan yang tersusun rapi. Mana tidaknya hanya Syafida Ayu sahaja anaknya yang lekat di rumah, anak sulung dan anak ke-duanya pula sudah enam tahun bermastautin di negara orang semenjak melanjutkan pelajaran dan lebih-lebih lagi sudah berumah tangga.

“Biasa saja, tiada apa yang cantiknya.” Jawab dato’ Malik merendah diri sambil matanya juga memandang sekeliling rumahnya. Kakinya kini sudahpun disilangkan. Orang kayalah katakan? Cara duduknya juga berlainan.

“Anak masih belajar lagi?” Tanya Dato’ Malik pula. Matanya kini sudah memandang tepat wajah lelaki tampan yang berada dihadapannya kini.

“Ya saya pakcik, tapi saya dah ada master. Sekarang saya dah jadi pensyarah kat universiti Ayu. Masih belajar lagilah ambil PHD.” Jawab Sahihrullah Akhbar penuh yakin, sementara Syafida Ayu hanya terdiam mendengar perbualan Abahnya dan Encik Sahihrullah Akhbar. ‘Huhh!!!Baru kenal dah nak temberang, geram betullah dengan mamat ni.’ Cemuh Syafida Ayu geram namun hanya jauh di dalam hatinya.

“Owhh, cikgu Ayu lah ni?” Tanya Dato’ Malik memastikan. Bibirnya sudah menguntum senyum sambil memandang Syafida Ayu yang duduk bersebelahan dengan Sahihrullah Akhbar.

“Abah, bukan cikgulah. Cikgu tu untuk budak sekolah jer.” Tutur Syafida Ayu, baru kali ini Syafida Ayu berada dalam perbualan mereka. Tas tangan dan buku diletakkan di tepi sofa.

“Yalah, samalah tu..” Jawab Dato’ Malik dan ada sedikit ketawa kecil di hujung bicaranya.

“Ya pakcik betul tuh.” Jawab Sahihrullah Akhbar dengan sedikit tawanya. Menyokong penuh kata-kata lelaki yang berumur 50-an itu.
“Abah, Ayu naik dulu ya?” Pohon Syafida Ayu. Tas tangan dan buku di tepi sofa di ambil semula. Sahihrullah Akhbar pula hanya menonton langkah Syafida Ayu.

“Aa..yerlah,lepas tu siapkan makan malam untuk tetamu kita yer?” Arah Dato’ Malik. Segera mata Syafida Ayu memandang Sahihrullah Akhbar, Sahihrullah Akhbar sekadar tunduk sambil tersenyum. ‘Baru kenal dah makan malam bersama?huh!!!!Abah, Abah.’ Keluh Syafida Ayu lagi. Keluh kesah dihatinya sudah tidak menentu, malu pastinya dengan arahan Abahnya itu. Sementara Sahihrullah Akhbar pula tersenyum gembira dengan pelawaan itu. Syafida Ayu kembali mengatur langkah mendaki anak tangga menuju ke kamarnya. Tas tangan dan buku dililetakkan di meja belajar dalam bilik mewah kepunyaan Syafida Ayu itu. Segera dia mendatangi birai katil untuk melabuhkan punggungnya. Kali ini dia betul-betul runsing memikirkan kehadiran lelaki yang juga merupakan pensyarahnya di fakulti tempat dia belajar itu.

SYAFIDA AYU segera menyiapkan hidangan makan malam untuk Sahihrullah Akhbar. Menyusahkan betul mamat yang baru dikenalnya itu. Ikutkan hatinya mahu saja dia mengusir kejam lelaki yang bertubuh sasa itu. Namun bila terkenangkan Abahnya yang mula menyukai Sahihrullah Akhbar dimatikan saja niatnya.

“Encik Sahih, Abah jemputlah makan.” Panggil Syafida Ayu mempelawa dengan nada suaranya yang sehabis mahu dilembutkan.

“Abah dah makan, kamu pergilah makan. Silakan anak muda.” Arah Dato’ Malik pula. ‘Hahh!!!! Kami berdua jer? Alamak janggalnya makan bersama orang yang baru dikenali.’Desis hati kecilnya lagi.

Syafida Ayu mencedokkan nasi ke pinggan Sahihrullah Akhbar. Sempat lagi dia mengeceh perlahan sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Sahihrullah Akhbar.

“Silakan makan Encik Sahih?” Syafida Ayu mempelawa lagi,kali ini samada Syafida Ayu ikhlas mempelawa ataupun tidak hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

“Ayu tak usahlah berencik-encik dengan saya,panggil Sahih jer dah cukup. Ermm, nak tanya ni,umi Ayu mana?”Tutur Sahihrullah Akhbar diiring pertanyaannya.

“Lahh. Kenapa tak tanya dengan Abah jer?Bukan ke kamu dah lama kenal dengan Abah saya?” Sindir Syafida Ayu sambil menyuap nasi ke mulutnya dengan tertib. Sahihrullah Akhbar pula sekadar tertawa dengan sindirin Syafida Ayu, namun dia tetap senang kerana dapat menjamah hidangan makan malam bersama dengan wanita yang amat diidamkannya selama ini. Selama ini? Adakah Sahihrullah sudah lama mengenali wanita yang berada dihadapannya kini? Mata Sahihrullah Akhbar singgah sekejap di raut wajah Syafida Ayu sebelum kembali menikmati hidangan makan malam itu.

“Apasal ketawa?Umi tak der kat rumah,jalan pergi rumah Along.” Jawab Syafida Ayu acu tak acu lagaknya. Tangannya mencapai jug yang berisi air lalu dituangkan ke dalam gelas yang berada didepannya.

“Owh yer ker?Napa tak ikut sekali?Rumah Along kat mana?”Tanya Sahihrullah Akhbar lagi. Kepalanya diangkatkan sedikit melihat Syafida Ayu disebelahnya.‘Lah..Mamat ni napa tak tanya dengan Abah jer tadi? Ni nak makan ke nak bersoal jawab. Macam detektiflah pulak mamat ni.’ Syafida Ayu bermonolog dalam dirinya lagi.

“Encik Sahih ni detektif ker? Dan saya ni pulak suspek Encik Sahih ker? Dah makan cepat, kang isteri Encik Sahih marah pulak Encik Sahih lambat balik ni.”Tutur Syafida Ayu penuh yakin bahawa Sahihrullah Akhbar sudah berumah tangga. Sahihrullah Akhbar menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan dia menguntum senyum di bibir.

“Lahhh, awak nampak muka saya ni macam dah ada anak tiga ker?”Tanya Sahihrullah Akhbar pula diiring ketawanya.
“Aaa…Yer,yer,yer Encik Sahih. Dah makan cepat. Esok jer kita cerita.” Balas Syafida Ayu.

Seusai makan di rumah mewah Dato’ Malik itu Sahihrullah Akhbar memohon untuk pulang memandangkan jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 11 malam. Rasa beruntung juga dia mengekori anak gadis Dato’ Malik itu. Dapat makan freelah katakan. Dalam diam Sahihrullah Akhbar sudah tersengeh sedikit.

“Saya balik dulu pakcik.” Pohon Sahihrullah Akhbar setelah selesai menjamah makan malam di rumah Syafida Ayu.

“Aaa…yerlah. Hati-hati bawa kereta. Senang-senang nanti datangla jenguk pakcik kat rumah ada juga kawan pakcik berbual taklah bosan sangat nanti.” Pesan Dato’ Malik Sambil mengukir senyum dibibir. Ketiga-tiga mereka kini sudahpun berada di luar rumah.

“Ya pakcik.”Balas Sahihrullah Akhbar sambil menghulurkan tangan lalu bersalaman dengan Dato’ Malik. Syafida Ayu pula sekadar melihat.

“Saya balik dulu Ayu? Jumpa kat fakulti esok.” Pohon Sahihrullah Akhbar meminta diri. Syafida Ayu sekadar menganggukkan kepalanya. Apa lagi yang datang kepadanya kali ini? Bahagiakah dia atau sebaliknya berduka? Apa yang pasti tiada lagi keindahan yang dia rasakan setelah apa yang terjadi antara dia, Erina dan Saer? Ya Saer, Walatusaer yang harus bertanggungjawab atas apa yang dia rasakan kini. Hanya hati wanita yang pernah disakiti dapat mengerti akan perasaannya kini. Betapa peritnya ditinggalkan kasih, betapa pedihnya dikhianati oleh seorang insan yang bernama sahabat. Kali ini baginya, tiada lagi yang boleh dipercayai bahkan dirinya sendiri juga. Benar kata orang, bercinta pada bunga,bunga akan layu,bercinta pada manusia,manusia akan mati,hanya bercinta pada Allah yang kekal untuk selama-lamanya. Syafida Ayu tidak mahu lagi menyimpan perasaan terhadap insan yang bernama lelaki.


Da abes baca,sila la komen

No comments:

Post a Comment

huhu...komen ag